Friday, 31 October 2014

PENGGUNAAN TEKNOLOGI DALAM PERNIAGAAN

ImageTeknologi merangkumi satu konsep yang sangat luas dan ia digunakan untuk merujuk kepada beberapa cabang sains dan kajian. Antara contoh teknologi adalah teknologi maklumat, teknologi perubatan, bioteknologi dan sebagainya. Teknologi juga merupakan pembangunan dan penggunaan alat, mesin, bahan dan proses untuk menyelesaikan masalah manusia yang dihadapi dalam kehidupan seharian. Ia juga membawa maksud tahap pengetahuan semasa dalam menggabungkan sumber bagi menghasilkan produk yang dikehendaki dalam bidang ekonomi.
Teknologi memainkan peranan yang penting dalam kehidupan manusia. Pada masa kini teknologi maklumat bukan sahaja melibatkan literasi komputer malahan ia juga digunakan dalam proses komunikasi dan proses penyelesaian masalah dalam tugasan. Ia berfungsi sebagai media yang menyampaikan maklumat dalam bidang perniagaan.  Selain menjadi komponen yang penting dalam perniagaan, perhubungan harmoni di antara teknologi dan perniagaan harus diwujudkan. Sekiranya penggunaan teknologi diabaikan, perniagaan akan hilang daya saing sama ada di peringkat tempatan atau global. Selain itu, pembangunan teknologi akan bertambah pantas dan bukan sebaliknya.
Kemajuan teknologi dalam beberapa dekad yang lalu telah banyak meningkatkan daya saing dalam perniagaan dan ekonomi di seluruh dunia. Kebanyakan syarikat telah menggunakan perisian, komputer dan internet untuk meluaskan perniagaan mereka dari pasaran tempatan ke pasaran nasional dan global. Teknologi juga mewajibkan untuk kekal fleksibel dan menyesuaikan dan operasi mereka selaras dengan teknologi yang semakin maju ini.
Kelebihan-kelebihan teknologi kepada usahawan:
    1. Teknologi ialah antara kelebihan penting kepada setiap usahawan yang progresif dan mahu sentiasa membangun.
    2. Boleh menaikkan imej dan kredibiliti usahawan.
    3. Mengembangkan perniagaan ke negara-negara lain dengan mewujudkan teknologi moden seperti internet dan e-dagang.
    4. Mendapat maklumat mengenai promosi atau aktiviti syarikat dengan lebih cepat dan tepat, melalui pelbagai bentuk media.
    5. Meningkatkan produktiviti usahawan.
      • Para usahawan dapat berkongsi dan menyebarkan maklumat dengan lebih pantas, efisyen dan tepat melalui emel, SMS dan pelbagai medium lain.
    6. Berkongsi, menyimpan dan menyebar maklumat.
      • Pembentangan produk boleh dilakukan pada bila-bila masa dan lebih menarik dengan informasi yang tersimpan di dalam komputer atau tablet PC.
      • Maklumat stok serta pelbagai strategi lain lebih mudah disimpan dan dirujuk dengan menggunakan perisian terkinu untuk memastikan perniagaan berjalan dengan lancar.
      • Menyimpan maklumat pengguna dan produk belian mereka dengan efisien dan ini memastikan pengulangan pembelian kerana servis lepas jualan yang pro-aktif dan pantas.
    7. Bersedia utntuk pembangunan masa depan.
      • Teknologi dapat memastikan statistik dan maklumat digunakan dengan cara yang terbaik bagi perancangan bisnes masa depan. Ia juga berkembang dengan pantas, selari dengan perkembangan dunia perniagaan.
    8. Penggunaan masa yang lebih efisien serta mencipta peluang pekerjaan yang baru.
    9. Memperbaiki mobiliti pernigaan.
      • Teknologi telah memperbaiki jualan syarikat dngan membenarkan stokis menggunakan alat-alat elektronik peribadi untuk membuat paparan jualan serta menghantar pesanan dan maklumat pelanggan ke pejabat dengan cepat.
      • Alat-alat elektronik ini telah memendekkan masa yang diperlukan oleh syarikat untuk menerima dan menghantar barangan atau perkhidmatan dan seterusnya mewujudkan kelebihan berdaya saing dalam industri.
    10. Komunikasi
      • Dengan bantuan teknologi, proses komunikasi telah menjadi lebih murah, cepat dan efisien.
    11. Keberkesanan kos.
      • Teknologi membolehkan proses perniagaan dikomputerkan diaman perniagaan akan mendapat pulangan yang tinggi dengan menggunakna peralatan mesin yang berteknologi.
    12. Globalisasi.
      • Ia bukan sahaja menunjukkan perhubungan dunia yang rapat tetapi juga membenarkan ekonomi di dunia ini menjadi satu sistem yang bersifat saling-bergantung.
Perhubungan harmoni di antara teknologi dan perniagaan harus diwujudkan. Sekiranya penggunaan teknologi diabaikan, perniagaan akan hilang daya saing sama ada di peringkat tempatan atau global.
PERDAGANGAN ELEKTRONIK
Perdagangan Elektronik juga dikenali sebagai e-dagang (Electronic Commerce). Ia adalah sebuah sistem perniagaan yang menggunakan kemudahan teknologi maklumat terutamanya telekomunikasi canggih. E-dagang boleh dibahagikan kepada dua jenis iaitu e-dagang di antara perniagaan dengan perniagaan dan e-dagang di antara perniagaan dengan pengguna. E-dagang di antara perniagaan dengan perniagaan melibatkan transaksi di antara dua atau  lebih syarikat di mana satu pihak merupakan syarikat pembekal kepada satu pihak yang lain. E-dagang di antara perniagaan dengan pengguna pula melibatkan transaksi di antara penjual produk akhir dengan pengguna.
E-dagang menggunakan Internet untuk mewujudkan satu rangkaian yang menyatukan pelanggan, penjual dan pihak ketiga seperti bank, syarikat kewangan, syarikat kad kredit dan sebagainya dalam satu persekitaran elektronik yang selamat untuk semua pihak. Dengan adanya e-dagang, sesebuah syarikat atau individu boleh melakukan transaksi jual beli di mana sahaja di dunia ini. Ia kini digunakan secara meluas terutamanya di negara-negara barat malah diakui oelh syarikat antarabangsa dan pakar pasaran sebagai satu sektor perniagaan dan pemasaran yang tidak boleh diabaikan.
Internet pula boleh menjadi salah sebuah lokasi perniagaan utama yang menjalankan urusan jual beli barangan dan perkhidmatan dalam dua cara iaitu yang pertama, memasarkan serta menjual barangan dan perkhidmatan dan menerima pembayaran elektronik. Cara yang kedua ialah mewujudkan rangkaian korporat persendirian yang dipanggil Intranet yang membolehkan pengguna membei barangan di rumah atau tempat perniagaan.
Kelebihan e-dagang dan Internet:
    1. Urusan jual beli dapat dijalankan dengan lebih mudah dan cepat di samping menjimatkan kos.
    2. Para peniaga boleh membuat promosi dengan mengiklankan produk mereka melalui kemudahan Internet.
    3. Ia membantu syarikat untuk meluaskan pasaran di serata dunia.
    4. Ia membantu mengintegrasikan semua bahagian dalaman syarikat dengan sesebuah transaksi perniagaan untuk meningkatkan kualiti perkhidmatan.
      • Contohnya seseorang pelanggan akan mendapat barang tempahannya dalam tempoh yang singkat di mana e-dagang membolehkan tempahan pelanggan dihantar dengan serta-merta kepada bahagian dalaman syarikat yang berkenaan untuk diproses dengan segera.
Kesimpulan
Pendek kata, teknologi telah memberi manfaat kepada para pengguna malah memberikan kemudahan dan kebaikan kepada syarikat. Ia juga menjadi salah satu faktor penting yang memaksimumkan hasil sesebuah syarikat.
 (Sumber: Futuristik HAI-O Bulletin Bil. 87)

Usahawan muda boleh jadi perintis inovasi, kreativiti dalam perniagaan: Muhyiddin

KUALA LUMPUR: Usahawan muda dalam ekonomi anggota Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (APEC) boleh menjadi "ejen perubahan" untuk menerajui transformasi dengan mewujudkan budaya perniagaan inovatif dalam masyarakat masing-masing, kata Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, hari ini. 

Beliau berkata, meski pun kerajaan komited terhadap usaha memperkukuh kecekapan ekonomi dalam penyelidikan dan pembangunan, teknologi dan inovasi, namun usahawan muda boleh menjadi perintis dan peneraju dalam aspek ini. 

Katanya, dengan pengetahuan dan sifat ingin tahu mereka serta keupayaan untuk sentiasa kemas kini dengan maklumat dan aplikasi teknologi, usahawan muda berada pada kedudukan yang lebih baik untuk menerima pakai dan menyesuaikan diri dengan inovasi. 

"Oleh kerana rantaian nilai ekonomi sesebuah negara itu boleh dilonjakkan ke tahap yang lebih tinggi melalui inovasi, pendekatan dan perkaedahan inovatif akan mengupayakan generasi menghasilkan idea baharu dan segar, yang boleh diterjemahkan menjadi produk dan perkhidmatan komersial yang berdaya maju. 

"Dengan merangkumkan kepintaran, daya cipta, dan keaslian, saya percaya usahawan, terutamanya usahawan muda, akan meraih manfaat daripada kegiatan nilai tambah yang tinggi, yang seterusnya menjana pendapatan tinggi," Katanya ketika merasmikan Sidang Kemuncak Usahawan Muda APEC (APEC-YES) di sini, hari ini. - BERNAMA 
Diambilkan daripada Berita Harian :http://www2.bharian.com.my/articles/Usahawanmudabolehjadiperintisinovasi_kreativitidalamperniagaan_Muhyiddin/Article

Friday, 10 October 2014

Robert Kuok Hock Nien

The second entrepreneur that i admire is Robert Kuok Hock Nien, a influential Malaysian Chinese  businessman and also as a chairman of Shagri-La Hotels and Resorts Chain. According to Forbes, his net worth is estimated to be around $14.7 billion on Feb 2012, making him the richest person in Malaysia.



The reason that i like this entrepreneur because he starting his own business and became the Malaysia most richest businessman by himself build up from nothing, his strive to doing business and finally controlled Malaysia sugar market and so earned his nickname "Sugar King of Asia".

Bankground
Kuok's father arrived in Malaya from Fujian, China, at the beginning of the 20th century, and Robert was the youngest of three brothers, born on 6 October 1923, in Johor Bahru. He can speak his parents Chinese Fuzhou dialect, English and Japanese during Japan's wartime occupation of Malaya.

How he started and develop his business

From the begining, Robert Kuok as an office boy in business, and later started a business with relatives support. Upon graduation, he worked as a clerk in the rice-trading department of Japanese industrial conglomerate Mitsubishi Shoji Kaisha between 1942 and 1945. After the war, he took the skills he learned from Japanese back to the family business in Johor. In1959, Kuok formed Malayan Sugar Manufacturing Co. Bhd together with two prominent Japanese partners. Kuok was franted a monopoly of sugar production in Malaysia. In 1961, he made a coup by buying cheap sugar from india before the prices shot up. He continued to invest heavily in sugar refineries, controlled 80% of the Malaysian sugar market. In 1971, he built the first Shngri-La Hotel in Singapore. When he acquired a plot of land on the newly reclaimed Tsim Sha Tsui Eash waterfront, where he built the second hotel, the Kowloon Shangri-La. His companies have investments in many countries, including Singapore, the Philippines, Thailand, Mainland China, Indonesia, Fiji and Australia.

Robert Kuok is media shy, most of his business are privately held by him or his family. His business intersts range from sugarcane plantations, sugar refineries, flour milling, animal feed, oil, mining, finance, hotels, properties, trading, freight and publishing. There are so many type of business Robert Kuok involving shows that he was a creative and billion in doing business.



Monday, 6 October 2014

Tan Dato' Seri Vincent Tan Chee Yiou

One of the entrepreneur that i admire is Tan Dato' Seri Vincent Tan Chee Yiou. He is the chairman and chief executive of Berjaya Coporation Berhad.



The reason i admire this entrepreneur is establish a large business kingdom which is a wide array of businesses includes golfing, property, resorts and gambling in a group. Berjaya group are very famous in Malaysia because when we talk about Kenny Roger or McDonald will automatically know that are belong to Berjaya group. Berjaya group has become a important part in Malaysia not only from developing economic, Berjaya group also provide a lot of job and improve the quality of living.


Vincent Tan born in Batu Pahat, Johor in 1952. Vincent Tan has worked as an insurance angent and clerk before he actually engage into business. He acquired Mcdonald franchise in Malaysia 1982 and he purchased Sports Toto. Currentlyk he owns Cardiff City football. In 2010, he has entered the Forges billionaire list with an estimated worth of US$1.3 billion. Vincent Tan success in the Malaysian business sector has been attributed in part to his close association with prominent Malay political figures. Vincent Tan successfully obtained the license for his lottery business from an non-tendered privatisation in 1985. On 23 February 2012, Vincent Tan retired from an active corporate role in Berjaya Corp, passing it to his son, Robin Tan.

In the year 1984, the company sole founder, Vincent Tan Chee Yioun acquired a significant controlling stake in the Berjaya industrial Berhad from the founders Broken HIll. In 1988, Vincent Tan has make a major restructuring, Berjaya Group Berhad became the holding company of Reka Pacific Berhad. Inter- Pacific Industrial Group Berhad wa incorporated in 1967 as a bicycle manufacturer. In 1969, the Company gained offcial listin on Bursa Malaysia Securities Berhad.



Saturday, 4 October 2014

Idea Perniagaan


1.0 PENGENALAN
Bagi memenuhi kehendak kursus BPME 2013- Kemahiran dan Gelagat Keusahawanan, para pelajar diwajibkan untuk melaksanakan satu projek yang berkaitan dengan kursus tersebut. Jawatankuasa telah dibentuk memutuskan untuk mengadakan projek keusahawanan iaitu aktiviti jualan produk secara online. Projek tersebut bertujuan untuk memberi peluang dan mendedahkan pelajar kepada bidang keusahawanan. Selain itu, projek yang bakal dilaksanakan ini adalah bertujuan untuk memupuk sikap kerjasama antara pasukan serta komunikasi dengan pihak yang terlibat. Hal ini akan mendedahkan pelajar terhadap dunia perniagaan yang sebenar khususnya dalam bidang keusahawanan. Selain itu, projek ini akan menjadi wadah terbaik kepada pelajar untuk mengaplikasikan teori yang dipelajari di bilik kuliah.
Di Malaysia, berikutan keadaan cuaca yang tidak menentu iaitu kadangkala hujan dan kalangkala panas menyebabkan masalah kepada para pelajar untuk menjalani aktiviti luar sekiranya tidak memiliki alat perlindungan seperti payung. Penyelesaian terhadap masalah ini telah mencetuskan idea untuk melaksanakan perniagaan yang berorientasikan produk iaitu penjualan payung. Perniagaan yang ingin dilaksanakan ialah berbentuk perkongsian, melibatkan sepuluh orang ahli dan juga merupakan rakan kongsi dalam perniagaan ini. Selain itu, perniagaan ini juga menjalinkan kerjasama dengan pembekal, iaitu pengeluar produk payung untuk membekalkan produk bagi aktiviti perniagaan tersebut.
Melalui kertas kerja ini segala aspek pentadbiran, pemasaran, operasi dan kewangan akan diterangkan dengan jelas mengenai perlaburan setiap pekongsi bagi pembiayaan modal permulaan perniagaan ini. Selain itu, perancangan yang teliti dan professional yang menjadi kunci utama perniagaan ini menjamin potensi perniagaan pada masa hadapan dan malah dapat menyumbang kearah perkembangan ekonomi.

2.0 KONSEP PERNIAGAAN
Konsep perniagaan yang diketengahkan dalam kumpulan kami adalah konsep perniagan secara atas talian (online) iaitu menjalankan urusniaga menjual produk kepada pengguna akhir melalui internet tanpa perlu keluar rumah. Kami memilih konsep ini kerana ia berbeza dan mempunyai kelainan kerana tempat urusniaganya yang strategik iaitu di alam maya dan masa urusniaga yang fleksibel kerana perniagaan ini dapat dijalankan pada bila-bila masa setiap waktu dan dimana saja kita berada dan berpotensi memperoleh pendapatan tanpa had kerana risikonya yang  agak minimum tetapi hasil pulangan yang tinggi berbanding membuka gerai, ini kerana membuka gerai yang kecil sekalipun memerlukan modal dan risiko yang tinggi berbanding kedai atas talian yang kami jalankan. Selain itu, konsep Perniagaan secara atas talian yang kami bawakan ini membawa kami kepada ramai pelanggan di seluruh dunia
Perniagaan ini adalah merupakan rangka niaga yang menjual pelbagai jenis payung. Perniagaan ini akan menjadikan para pelajar sebagai fokus utama memandangkan keadaan cuaca di Universiti Utara Malaysia (UUM) yang tidak menentu. Perniagaan ini dapat direalisasikan menjadi perniagaan kecil oleh kumpulan kecil kami dengan membuat beberapa kelainan dan kelebihan daripada pesaing iaitu menyediakan perkhidmatan jalur lebar (internet) kepada pelanggan yang berkunjung dalam laman web kami. kami akan membuat promosi untuk memberitahu orang ramai bahawa kami telah mempunyai laman perniagaan sendiri dan kewujudan produk kami untuk menarik pelanggan dalam masa yang singkat. Selain itu, kami menyediakan perkhidmatan cash on delivery supaya dapat menarik lebih ramai pelanggan.  Pihak kami akan memastikan bahawa mutu produk yang sedia ada, perkhidmatan yang mesra dan memenuhi permintaan pelanggan.

3.0 RANCANGAN PENTADBIRAN
3.1 Strategik Organisasi
Kami telah merancang beberapa strategi yang efisien dalam organisasi agar matlamat yang dirancang akan tercapai. Antara strategi-strategi yang akan dilaksanakan adalah:
·         Kami akan mentadbir perniagaan kami secara sistematik dalam semua aspek termasuklah dalam bahagian pentadbiran, kewangan, pemasaran dan operasi.
·         Kami akan mengutamakan hak pelanggan.

3.2 Carta Organisasi
PENGURUS BESAR
GEETHAN A/L ARUMUGAM

PENGURUSAN
PENTADBIRAN

NAVEENA A/P PACHAYMUTHU

PENGURUSAN
KEWANGAN

TAN JIANG MIN

PENGURUSAN
OPERASI

RUZANA Bt. MOHD KASSIM
PENGURUSAN
PEMASARAN

LIEN YEE CHEN


PENOLONG PENGURUS

NORFAIZAH BINTI AZHAR

PENOLONG

SITI NORFARAHIN BINTI RAMLAN
PENOLONG

NAZRIAH BINTI MANSOR
PENOLONG

HO JIA YEN

PENOLONG

LIM SIEW HONG
 















4.0 RANCANGAN PEMASARAN
4.1 Perkhidmatan dan harga yang ditawarkan
Perniagaan kami menyediakan dua jenis produk payung iaitu semi payung dan auto payung di mana mempunyai pelbagai pilihan mengenai corak dan warna.
4.2 Kumpulan Sasaran
Kumpulan yang disasarkan adalah pelajar, pekerja pejabat di Universiti Utara Malaysia atau penduduk yang berdekatan.
4.3 Anggaran bilangan pelanggan sehari/seminggu/sebulan
Bilangan pelanggan yang dianggarkan dalam sehari adalah 3. Dalam seminggu pula seramai 21 pelanggan dan sebulan seramai 90 pelanggan yang akan membuat tempahan.
4.4 Kaedah Promosi
Untuk mempromosikan produk kami, kami akan menggunakan kuasa rangkaian sebagai alat untuk memberi kesedaraan kepada orang ramai tentang produk ini. Di samping itu, kami akan memberi perkhidmatan percubaan kepada pelanggan yang berminat sebelum membuat tempahan supaya mereka dapat melihat dan beryakin dengan  kualiti produk kami.
4.5 Saluran agihan yang digunakan
1. Pengeluar----> Peruncit----> Agen----> Pengguna Akhir


5.0 RANCANGAN OPERASI
5.1 Carta aliran perniagaan
Mengambil stok (payung) daripada pembekal
¯
Mempromosikan produk dengan pelbagai cara
¯
Menerima tempahan daripada pelanggan
¯
Mengenal pasti tempahan-tempahan yang diterima
¯
Proses pembungkusan
¯
Proses penghantaran produk kepada pelanggan
¯
Pembayaran diterima daripada pelanggan semasa penghantaran produk
5.2 Waktu operasi perniagaan
Oleh sebab perniagaan kami adalah dijalankan secara atas talian (online), oleh itu kami akan menerima tempahan daripada pelanggan pada bila-bila masa sahaja melalui panggilan telefon dan mesej-mesej yang ditinggalkan pada laman web yang berkenaan. Selepas menerima tempahan daripada pelanggan, kami akan membuat pembungkusan dan menghantarkan produk kepada pelanggan dengan secepat mungkin, iaitu selewat-lewatnya tiga hari daripada hari tempahan diterima. Masa penghantaran produk kepada pelanggan adalah dari 5:00 pm hingga 10:00 pm.
5.3 Anggaran bilangan tempahan
Kami membuat anggaran akan menerima tempahan sebanyak tiga kaki payung pada setiap hari. Maka dalam masa sebulan, kami akan menerima sebanyak 90 tempahan daripada pelanggan.

6.0 RANCANGAN KEWANGAN
6.1 Anggaran Jualan
Bil
Perkara
Jumlah (RM)
1
Anggaran modal (10 x RM 30)
300.00
2
Anggaran jualan (20 x RM 17)
340.00
3
Anggaran belian (20 x RM 15)
300.00

Anggaran keuntungan
40.00















Transparent Teal Star