1.0 PENGENALAN
Bagi memenuhi kehendak kursus BPME 2013-
Kemahiran dan Gelagat Keusahawanan, para pelajar diwajibkan untuk melaksanakan
satu projek yang berkaitan dengan kursus tersebut. Jawatankuasa telah dibentuk
memutuskan untuk mengadakan projek keusahawanan iaitu aktiviti jualan produk
secara online. Projek tersebut bertujuan untuk memberi peluang dan mendedahkan
pelajar kepada bidang keusahawanan. Selain itu, projek yang bakal dilaksanakan
ini adalah bertujuan untuk memupuk sikap kerjasama antara pasukan serta
komunikasi dengan pihak yang terlibat. Hal ini akan mendedahkan pelajar
terhadap dunia perniagaan yang sebenar khususnya dalam bidang keusahawanan.
Selain itu, projek ini akan menjadi wadah terbaik kepada pelajar untuk
mengaplikasikan teori yang dipelajari di bilik kuliah.
Di Malaysia, berikutan keadaan cuaca yang
tidak menentu iaitu kadangkala hujan dan kalangkala panas menyebabkan masalah
kepada para pelajar untuk menjalani aktiviti luar sekiranya tidak memiliki alat
perlindungan seperti payung. Penyelesaian terhadap masalah ini telah
mencetuskan idea untuk melaksanakan perniagaan yang berorientasikan produk
iaitu penjualan payung. Perniagaan yang ingin dilaksanakan ialah berbentuk
perkongsian, melibatkan sepuluh orang ahli dan juga merupakan rakan kongsi
dalam perniagaan ini. Selain itu, perniagaan ini juga menjalinkan kerjasama
dengan pembekal, iaitu pengeluar produk payung untuk membekalkan produk bagi
aktiviti perniagaan tersebut.
Melalui kertas kerja ini segala aspek
pentadbiran, pemasaran, operasi dan kewangan akan diterangkan dengan jelas
mengenai perlaburan setiap pekongsi bagi pembiayaan modal
permulaan perniagaan ini. Selain itu, perancangan yang teliti dan professional
yang menjadi kunci utama perniagaan ini menjamin potensi perniagaan pada masa
hadapan dan malah dapat menyumbang kearah perkembangan ekonomi.
2.0 KONSEP
PERNIAGAAN
Konsep perniagaan yang diketengahkan dalam
kumpulan kami adalah konsep perniagan secara atas talian (online) iaitu
menjalankan urusniaga menjual produk kepada pengguna akhir melalui internet
tanpa perlu keluar rumah. Kami memilih konsep ini kerana ia berbeza dan
mempunyai kelainan kerana tempat urusniaganya yang strategik iaitu di alam maya
dan masa urusniaga yang fleksibel kerana perniagaan ini dapat dijalankan pada
bila-bila masa setiap waktu dan dimana saja kita berada dan berpotensi
memperoleh pendapatan tanpa had kerana risikonya yang agak minimum tetapi hasil pulangan yang
tinggi berbanding membuka gerai, ini kerana membuka gerai yang kecil sekalipun
memerlukan modal dan risiko yang tinggi berbanding kedai atas talian yang kami
jalankan. Selain itu, konsep Perniagaan secara atas talian yang kami bawakan
ini membawa kami kepada ramai pelanggan di seluruh dunia
Perniagaan ini adalah merupakan rangka niaga
yang menjual pelbagai jenis payung. Perniagaan ini akan menjadikan para pelajar
sebagai fokus utama memandangkan keadaan cuaca di Universiti Utara Malaysia
(UUM) yang tidak menentu. Perniagaan ini dapat direalisasikan menjadi perniagaan
kecil oleh kumpulan kecil kami dengan membuat beberapa kelainan dan kelebihan
daripada pesaing iaitu menyediakan perkhidmatan jalur lebar (internet) kepada pelanggan
yang berkunjung dalam laman web kami. kami akan membuat promosi untuk
memberitahu orang ramai bahawa kami telah mempunyai laman perniagaan sendiri
dan kewujudan produk kami untuk menarik pelanggan dalam masa yang singkat.
Selain itu, kami menyediakan perkhidmatan cash
on delivery supaya dapat menarik lebih ramai pelanggan. Pihak kami akan memastikan bahawa mutu produk
yang sedia ada, perkhidmatan yang mesra dan memenuhi permintaan pelanggan.
3.0
RANCANGAN PENTADBIRAN
3.1
Strategik Organisasi
Kami telah merancang beberapa strategi yang
efisien dalam organisasi agar matlamat yang dirancang akan tercapai. Antara
strategi-strategi yang akan dilaksanakan adalah:
·
Kami akan mentadbir
perniagaan kami secara sistematik dalam semua aspek termasuklah dalam bahagian
pentadbiran, kewangan, pemasaran dan operasi.
·
Kami akan mengutamakan hak
pelanggan.
3.2 Carta Organisasi
PENGURUS BESAR
GEETHAN
A/L ARUMUGAM
|
PENGURUSAN
PENTADBIRAN
NAVEENA A/P
PACHAYMUTHU
|
PENGURUSAN
KEWANGAN
TAN JIANG MIN
|
PENGURUSAN
OPERASI
RUZANA
Bt. MOHD KASSIM
|
PENGURUSAN
PEMASARAN
LIEN YEE CHEN
|
PENOLONG PENGURUS
NORFAIZAH
BINTI AZHAR
|
PENOLONG
SITI
NORFARAHIN BINTI RAMLAN
|
PENOLONG
NAZRIAH
BINTI MANSOR
|
PENOLONG
HO JIA YEN
|
PENOLONG
LIM
SIEW HONG
|
4.0
RANCANGAN PEMASARAN
4.1 Perkhidmatan
dan harga yang ditawarkan
Perniagaan kami menyediakan dua jenis produk
payung iaitu semi payung dan auto payung di mana mempunyai pelbagai pilihan
mengenai corak dan warna.
4.2 Kumpulan
Sasaran
Kumpulan yang disasarkan adalah pelajar,
pekerja pejabat di Universiti Utara Malaysia atau penduduk yang berdekatan.
4.3 Anggaran
bilangan pelanggan sehari/seminggu/sebulan
Bilangan pelanggan yang dianggarkan dalam
sehari adalah 3. Dalam seminggu pula seramai 21 pelanggan dan sebulan seramai
90 pelanggan yang akan membuat tempahan.
4.4 Kaedah
Promosi
Untuk mempromosikan produk kami, kami akan
menggunakan kuasa rangkaian sebagai alat untuk memberi kesedaraan kepada orang
ramai tentang produk ini. Di samping itu, kami akan memberi perkhidmatan percubaan
kepada pelanggan yang berminat sebelum membuat tempahan supaya mereka dapat
melihat dan beryakin dengan kualiti
produk kami.
4.5 Saluran
agihan yang digunakan
1. Pengeluar----> Peruncit----> Agen---->
Pengguna Akhir
5.0 RANCANGAN OPERASI
5.1 Carta aliran perniagaan
Mengambil stok (payung) daripada pembekal
¯
Mempromosikan produk dengan pelbagai cara
¯
Menerima tempahan daripada pelanggan
¯
Mengenal pasti tempahan-tempahan yang diterima
¯
Proses pembungkusan
¯
Proses penghantaran produk kepada pelanggan
¯
Pembayaran diterima daripada pelanggan semasa
penghantaran produk
5.2 Waktu operasi perniagaan
Oleh sebab perniagaan
kami adalah dijalankan secara atas talian (online),
oleh itu kami akan menerima tempahan daripada pelanggan pada bila-bila masa
sahaja melalui panggilan telefon dan mesej-mesej yang ditinggalkan pada laman
web yang berkenaan. Selepas menerima tempahan daripada pelanggan, kami akan
membuat pembungkusan dan menghantarkan produk kepada pelanggan dengan secepat
mungkin, iaitu selewat-lewatnya tiga hari daripada hari tempahan diterima. Masa
penghantaran produk kepada pelanggan adalah dari 5:00 pm hingga 10:00 pm.
5.3 Anggaran bilangan tempahan
Kami membuat anggaran
akan menerima tempahan sebanyak tiga kaki payung pada setiap hari. Maka dalam
masa sebulan, kami akan menerima sebanyak 90 tempahan daripada pelanggan.
6.0 RANCANGAN KEWANGAN
6.1 Anggaran Jualan
Bil
|
Perkara
|
Jumlah
(RM)
|
1
|
Anggaran
modal (10 x RM 30)
|
300.00
|
2
|
Anggaran
jualan (20 x RM 17)
|
340.00
|
3
|
Anggaran
belian (20 x RM 15)
|
300.00
|
|
Anggaran keuntungan
|
40.00
|
No comments:
Post a Comment